5 Tips Ice Cream Pelangi Yang Paling Sedap Dalam Dunia
Bila teringat akan aiskrim ini, ia buatkan kita teringat akan zaman kanak-kanak dahulu, yang mana menjadi kegemaran tiap kali kalau makan ais krim.
Dengan rasa dan warna yang menarik, buatkan budak-budak suka akannya. Lagi-lagi waktu dulu tak banyak pilihan ais krim mampu milik yang ada, nak beli yang mahl-mahal belum mampu lagi.
Apa kata kalau kita buat sendiri aiskrim ‘paddle pop’ pelangi ini, boleh menggamit memori waktu kanak-kanak dulu, lagi seronok dapat makan bersama anak kita sendiri
--
Bahan - bahan untuk buat aiskrim paddle pop homemade ni adalah seperti berikut :
Aiskrim Paddle Pop Homemade
1 tin Susu cair/susu segar
3 sudu Susu pekat
2 sudu Gula
1 sudu Ovalette
Pewarna
Macamana nak buat aiskrim paddle pop homemade ni?
1. Mix semua bahan-bahan, pukul sehingga sebati. kami guna mixer, tapi bila lambat sangat nk sebati tu, kami blend je guna blender.
2. Then, asingkan adunan kepada 4 bahagian (sebab kami guna 4 jenis warna). Setiap bahagian, masukkan pewarna yang anda pilih.
3. Masukkan adunan warna mengikut urutan yang anda suka ke dalam acuan aiskrim. Tak kisah nak start with yellow dulu ke, green ke, yang penting, last sekali nampak macam pelangi (paddle pop).
So, dah siap. Boleh masukkan acuan aiskrim tu ke dalam tempat beku peti ais rumah anda.
Aiskrim Paddle Pop Homemade, 4 warna Aiskrim Paddle Pop Homemade
Ulasan
Catat Ulasan