MACAM MANA NAK BUAT AISKRIM SENDIRI RASA AISKRIM BASKIN ROBBIN
Aiskrim. Siapa yang tak suka aiskrim. Semua orang sukakan aiskrim. Terdapat pelbagai aiskrim yang terdapat di pasaran. Tambah-tambah musim viral sekarang, macam-macam ciptaan baru aiskrim terhasil dari kreativiti masing-masing. Ada yang buat aiskrim pasu, aiskrim gulun dan banyak lagi lah. Namun, ada satu aiskrim yang sentiasa diingati oleh rakyat Malaysia, aiskrim Malaysia.
Siapa yang tak pernah merasa aiskrim Malaysia pasti zaman kanak-kanaknya tidak lengkap. Cara pembuatan yang mudah menjadikan ia senang untuk didapati pada zaman dahulu. Sekarang admin pun tidak pasti ada lagi ke orang yang masih menjual aiskrim Malaysia ni.
Untuk entri kali ni, kami akan kongsikan cara-cara membuat aiskrim komersil (yang macam Baskin Robbin tu, hehehe) dan juga cara buat aiskrim Malaysia.
MACAM MANA NAK BUAT AISKRIM SENDIRI RASA AISKRIM BASKIN ROBBIN
Gambar hiasan
AISKRIM
BAHAN-BAHAN
§ 1 tin susu cair
§ 1/4 tin susu pekat (bergantung kepada kemanisan yang dimahukan)
§ 1 biji telur
§ Sedikit Essence Vanilla
§ 1 sudu besar Ovalett / Emulsifier
§ Perasa yang dikehendaki (Contoh : Milo, strawberry dll.)
CARA pembuatan aiskrim
§ Campurkan susu cair, susu pekat, telur, ovalet dan essence vanilla ke dalam pengandun (mixer)
§ Adun selama 15-20 minit sehingga campuran bahan-bahan tadi sebati dan menjadi pekat
§ Masukkan perasa yang anda mahukan seperti Milo ataupun strawberry
§ Adun sekali lagi sehingga sebati
§ Masukkan adunan tadi kedalam bekas
§ Masukkan kedalam freezer sehingga keras.
§ Done !
Kalau dah beku tu bolehlah dihidangkan kedalam bekas-bekas kecil. Taburkan sedikit cip coklat untuk kemasan. Barulah macam Baskin Robbin.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam